Thursday 12 April 2012

Tsunami Tanda Amaran ALLAH Kepada Kita..

    
Tanggal 11 April 2012..
Gempa bumi menggegar lagi di Aceh..
Ia turut dirasai di Malaysia , Singapura , Thailand serta India..
Gegaran pada skala 8.7 skala ritcher berlaku jam 3.38 waktu Indonesia dan 4.45 waktu Malaysia..
Gegaran susulan pada 8.5 skala ritcher pada jam 5.43 petang waktu Indonesia dan 6.43 waktu Malaysia sekali lagi mengoncang Aceh dan negara-2 berdekatan..

Sudah banyak kali kejadian GEMPA BUMI ini berlaku di dunia..
Inilah tanda kekuasaan ALLAH yang tidak dapat kita jangka..
Tsunami , Gunung Berapi , Ribut Taufan , Ribut Pasir serta Banjir merupakan balasan ALLAH kepada umatnya yang sering melakukan kekufuran..

Gempa yang menggegar ACEH 11 April 2012 ini agak lain dari yang lain...
Tiada ancaman tsunami yang berlaku walaupon gegaran berlaku 8.7 skala ritcher..
Ini bermakna ALLAH masih sayangkan umatnya dan bermohon supaya bertaubat dan menyembahnya..

Tidak mustahil selepas ini akan berlaku gempa bumi yang lebih kuat lagi jika kita masih melakukankan kekufuran di muka bumi ini..
Ambilah kejadian gempa bumi di ACEH ini sebagai pengajaran kepada kita..
Berdoalah kepada ALLAH supaya melindungi kita..
InsyaAllah..

Akhir Kata..
(T)uhan (S)udah (U)ji (N)amun (A)da (M)asih (I)ngkar

Tuesday 3 January 2012

~Persahabatan Hingga Akhir Hayat~








Pertemuan kita di suatu hari..
Menitikan ukhwah yang sejati..
Bersyukurku ke hadrat Ilahi..
Di atas jalinan yang suci..

Namun kini perpisahan yang terjadi..
Dugaan yang menimpa diri..
Bersabarlah di atas suratan..
Ku tetap pergi jua..

Kan utuskan "SALAM" ingatanku..
Dalam "DOA" kudusku sepanjang waktu...
Ya Allah bantulah Hamba-Mu..

Mencari hidayah daripada-Mu..
Dalam mendidikan kesabaranku..
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu..
Di atas perpisahan ini...

*Teman betapa pilunya hati..
Menghadapi perpisahan ini..
Pahit manis perjuangan telah kita rasa bersama..
Sem0ga Allah meredhai "PERSAHABATAN" dan "PERPISAHAN" ini...
Teruskan perjuanganmu..

Kan ku utus kan "SALAM" ingatanku..
Dalam "DOA" kudusku sepanjang waktu..
Ya Allah bantulan hamba-Mu...

Senyuman yang tersirat di bibirmu..
Menjadi ingatan setiap waktu...
Tanda kemesraan bersimpul padu..
Kenangku di dalam doamu

Sem0ga Tuhan berkatimu...

Sunday 25 December 2011

~Wanita Pemilik Tulang Rusuk Kananku Adalah Isteriku~





Sejak dulu wanita diciptakan sebagai makhluk yang begitu mempesona, begitu sempurna, begitu
menawan, dan begitu indah.

Zaujahku..
Tak ada yg menyangkal bahwa dirimu wanita adalah sangat
indah.

Cubalah tengok cermin..
Betapa sempurna Allah menciptakanmu.
Betapa indah alis yg berbaris diatas mata.
Betapa lentiknya bulu matamu.
Subhanallah.. betapa mempesonanya wanita.

Zaujahku..
Sesungguhnya Allah memberikanmu dua keindahan.
Keindahan batin dan keindahan lahir.
Keindahan batin akan memancar melalui kesucian diri, ilmu, dan akal fikiran.
Kecantikan batin inilah yang akan menghiasi rupa lahirmu.
Kecantikan batin inilah yg membuatmu indah, mulia, dan penuh karisma.
Semakin tertanam sifat-sifat itu dalam rohmu, semakin indahlah dirimu.

Zaujahku..
Keindahan batin adalah nikmat Allah yang paling berharga.
Keindahan lahir juga merupakan nikmat Allah.
Keindahan lahir terletak pada tersembunyinya bukan pada terbukanya.
Dan.. jika kau mensyukurinya
Jika kau bertaqwa
Jika kau menjaganya
Maka semakin menambah keindahannya.

Zaujahku..
dirimu adalah sekolah terbaik bagi pendidikan generasi muslim.
dirimu adalah manusia terbaik yang melahirkan generasi Islam.
dirimu adalah manusia terbaik yg menjadi sumber makna pengorbanan.
Maka, lepaskanlah dirimu dari taklid buta terhadap yg lain.
Bebaskanlah dirimu dari nafsu yang menghimpit.
Bebaskan dirimu dari ketundukan dan kepasrahan selain Allah.
Bebaskan dirimu dari ketakutan selain Allah.

Zaujahku..
Itulah yang dinamakan wanita terindah.
Wanita tercantik nan jelita..

Friday 23 December 2011

~Rindu nak pegi sek0lah~




Sweet kan time2 camnie...
Aq rindu sesangat time niehhh...
Aq ambil pic nieh 6.12.2011..hari tu hari terakhir exam SPM..
Last paper la katakan...s0 enj0y puas2 lepas abiz last paper....hurmmm..


Lepas abiz exam niehh rasa b0rink la plak....tak tawu nk buad apa...
Bila time sk0lah dulu mesti ingat nak abiz sk0lah cepatt jeaaaa....
Tapi bila dah abiz sk0lah niehhh rasa rindu la plakk nk pegi sek0lah......
Tapi nak buad camna msa dah berlalu x b0oleh di ulang lagiii...


Tapi selamat la umah kami nie dekat2 jeaaaa....
Senang sikit nak jumpa kalau rinduuu...
tak p0n boleh buad reuni0n...
Rindu sangat2 zaman sek0lahhh...huhu...


Sementara nak tunggu result SPM niehhh...
Aq cari keja dulu untuk mngisa masa lapang la katakan...
hahahah...X sangka lak ssah bet0oii nak cari keja zaman skrang niehh...
Tapi pape p0wn aq dah ada keja maybe bulan januari nieh dah b0oleh start....
yipppiiiiii....

22.3.2012  adalah tarikh keramat bagi aq c0z result SPM akn keluar..
Ku rasa gementar tapi bahagiaaa.....lirrik lagu "Najwa Latif" tuuu..hahahaha...
Pape p0wn aq harap k0rang d0akan untuk aq sem0ga aq dapat result yg cemerlang and gemilang..
InsyaAllah 9A+ b0oleh di capaii...
Kalau dapat 4A+ p0wn aq dah bersyukur..
Aq target 4A ke atas..
InsyaAllah b0oleh..
Amin..


Thursday 22 December 2011

~~Lokasi Tempat Ramalan Kiamat Jadi Tumpuan~~




BANDAR RAYA MEXICO - Agensi Pelancongan Mexico menjangkakan dapat menarik kehadiran 52 juta pelawat menjelang tahun 2012 ke rantau yang dikaitkan dengan tamadun Mayan seperti Chiapas, Yucatan dan Tabasco.

Sebelum ini, Mexico dapat menarik kehadiran sekitar 22 juta pelancong luar pada setiap tahun.

Peningkatan mendadak dalam jumlah pelancong kali ini dikaitkan dengan ramalan penduduk Mayan bahawa kiamat bakal berlaku pada tahun depan.

Kiamat itu diramalkan berlaku pada 21 Disember 2012.

Pekan dan bandar raya di kawasan tamadun Mayan memulakan kiraan tamatnya kalendar Mayan tersebut semalam.

Namun, ramai ahli arkeologi berpendapat rujukan kepada tarikh tersebut yang diukir pada batu bersurat berusia 1,300 tahun cuma menandakan tamatnya satu kitaran dalam kalendar Mayan.

"Dunia belum kiamat. Ia hanya satu era," kata seorang jurucakap pelancongan negeri Quintana Roo yang menempatkan kota bersejarah Cancun, Yeanet Zaldo.

Kebijaksanaan tamadun Mayan menyebabkan sebahagian penduduk mengambil berat tentang ramalan kiamat tersebut.

Tamadun Mayan yang mencapai peringkat kegemilangan dari tahun 300 Tahun Masihi hingga 900
Tahun Masihi memiliki kemahiran luar biasa dalam bidang astronomi.

Kalendar kaum berkenaan bermula pada tahun 3,114 Sebelum Masehi (S.M.) dan mengambil masa selama 394 tahun untuk membentuk satu kitaran dikenali sebagai Baktun.

Baktun ke-13 berakhir pada 21 Disember 2012.

Teori bahawa kiamat berlaku pada tarikh tersebut berpunca daripada sebuah batu bersurat yang ditemui pada tahun 1960-an di tapak arkeologi Tortuguero di negeri Tabasco, dekat Teluk Mexico.
Batu bersurat berkenaan menceritakan tentang kembalinya Dewa Mayan pada penghujung Baktun ke-13.

Mereka yang percaya mengenai teori kiamat itu menyebarkan ramalan tersebut di ratusan ribu laman web dan blog di Internet. - Agensi

Wednesday 21 December 2011

~PengerTian SebuAh CintA~



Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.

Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.
Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni.
Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.

Cinta…Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti.
Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.
Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan.

Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.
Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan….
Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.

~Matawang Terbaru Termasuk RM20~



KAKITANGAN Bank Negara, Noor Aimah Mohd Nor, 32, menunjukkan nota wang kertas Malaysia yang terbaru termasuk nota wang kertas RM20 yang baru sempena Majlis Pelancaran Matawang Malaysia Terbaru di Kuala Lumpur. Foto: Aizuddin Saad (21/12/2011)



Dulu kita cuma ada wang kertas RM1 , RM2 , RM5 , RM10 , RM50 and RM100...
Tapi mulai sekarang kita boleh melihat duit kertas RM20 pulak..
Mempunyai c0rak yang menarik serta mengenakan warna kuning untuk duit RM20..
Bukan itu saja , wang kertas laen juga turut berubah..
Mata wang kertas yang baru ini mempunyai warna yang menarik serta c0rak yang cantek..
Duit syiling baru juga turut dilancarkan..
Nantikan duit terbaru tersebut...
Yeahhhhhh...xcited nk tg0k duit RM20 and duit syiling yang bawu..
Hahaha...